Thursday, 24 May 2012

Permulaan Kisah Kau dan Aku

Kisah di antara Kau dan Aku
bermula

13/06/2011
8:17am



alhamdulillah, kerana

Kisah Kau dan Aku
membawa kembali sinar bahagia di hati

Dugaan Semasa Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? Apasal plak aku dok cerita pasal dugaan bertunang ni ya ? Sendiri mau fikirlah ya… Benarkah bila bertunang banyak dugaan… Rasanya ya… Tapi semuanya terletak pada diri sendiri jugak macam mana nak jaga sesuatu hubungan tu kan. Syaitan tu hanya menunggu masa je nak menghasut dan sesatkan manusia terutamanya dalam melakukan ibadat ke gerbang perkahwinan ni.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.


  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi. 
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian. 
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana. 
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala. 
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  6.  Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. 
  3. Bersabar sentiasa. 
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua. 
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda. 
  6. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan. 

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai oleh semua orang, cuma yang membezakannya sama ada kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita pula haruslah pandai mengawal keadaan kalau timbul sebarang masalah di kemudian hari. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

Sunday, 6 May 2012

salam satu malaysia!
gile lama kan laman sesawang ini di biarkan bersawang.. 
tak mengapa... 

ayuh kita transform laman sesawang ini menjadi
blog B2B
den kan dah nak menikah tak lama lagi
haruslah nak mengedik cam B2B lain.. 

^______________^

Tuesday, 3 April 2012

Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Apa punca nya?
Salah siapa?
Bagaimana untuk menanganinya?
Apa kriterianya?


Lapor di pejabat buruh?
Perlu bukti dan juga saksi..

Cari kerja baru?
Masih belum punya rezeki..

Aahhhhhh...
Buntu deyh!!

Friday, 16 March 2012

semakin hari..

semakin hari, semakin sibuk
masa pula makin suntuk
banyak perkara yang direncanakan, tapi terpaksa dilupakan
sebab hanya punya dua tangan sahaja!

kalaulah......

tapi orang kata ayat kalaulah itu tidak baik..
sebab kononnya kita mempertikaikan qada dan qadar ALLAH..
nauzubillah... jauhkan aku dari perasaan yang tidak bersyukur!

alhamdulillah..
walau semakin hari semakin sibuk..
semakin hari, masa semakin suntuk..
hari-hari yang dilalui tetap menceriakan!

sifat malas masih menebal!
sifat manja geletis tak pernah kurang!
sifat cengil dan cerewet semakin bertambah!
sifat kesabaran semakin tipis di ganti dengan panas baran!
harus muhasabah diri lagi, agar menjadi seorang yang mithali!
baik anak dan juga bakal isteri.. (LOL)

semakin hari semakin sibuk..
semakin hari masa semakin suntuk..
sebab itu ruangan ini sudah berhabuk!

Monday, 5 March 2012

third month in the year

its march!
one of my favourite month
full with lots of my beloved person special date!
beloved mom and beloved friends!

what? its already march???
oh my!! time is running out!

ok bye!